Nabila Huda tetap tak kenal Nad Zainal, kena ‘blocked’ di Instagram – “Siapa tu? Tak pernah dengar nama dia”

Dari Penulis

SELEPAS pelbagai spekulasi mengenai hubungan persahabatan mereka, pelakon Nabila Huda tetap dengan pendiriannya yang tidak mengenali aktres Nad Zainal.

Tegas Nabila atau Nabila Huda Suhaimi,39, dia langsung tidak pernah mengenali individu tersebut apatah lagi sebelum ini pernah bersahabat baik.

“Siapa tu? Nad Zainal? Saya tak pernah dengar nama dia. Siapa, dia pelakon eh? Serius? Dia pelakon? Saya tak kenal dia,” demikian kata Abil.

Pernah dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak dua kali mungkin antara faktor dia jadi mudah lupa untuk mengingati sesuatu perkara.

“Korang tahu saya pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali. Mungkin itu simptom bila kena Covid kita akan jadi lupa.

“Jadi mungkin saya tak ingat tapi yang pasti, saya memang tak kenal dia. Saya rasa dia seorang pelakon. Siapa nama dia tadi? (Nad Zainal). Tak kenal,” jelasnya.

Malah, demi ingin membuktikan dirinya tidak mengenali pelakon tersebut, Abil turut menunjukkan senarai rakan di Instagram miliknya yang langsung tidak ada nama Nad Zainal.

Lebih mengejutkan lagi, Abil telah disekat oleh Nad yang juga isteri kepada aktor Ungku Ismail di Instagram.

“Kalau betullah dia kawan saya. Mungkin saya ada follow dia di Instagram. Saya tak kenal dia tapi saya kena block dengan dia padahal tak kenal ni. Jadi saya tak kenal. Maafkan saya,” ujarnya.

Semalam, Abil mencuri perhatian warganet apabila meninggalkan komen berbaur sindiran di akaun Instagram HLive yang memaparkan temubual bersama Nad Zainal.

“Maaf tanya, siapa ni? Pelakon ke?,” tulisnya.

Komen tersebut mendapat respon ramai pengikut di akaun tersebut dan menyifatkan pertanyaan Abil itu sangat lucu selain ada makna tersirat.

Malah, ia juga membuatkan ramai netizen berandaian isu tersebut ada kaitan dengan kisah Nad yang sebelum ini terkait dengan kontroversi bermasam muka dengan rakan artis.

Sumber: Hibglam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This