BRI China iktiraf kepakaran TVET Malaysia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PROGRAM Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam negara mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf di luar negara oleh Belt and Road Initiative (BRI) China.

Hal itu susulan pelantikan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) sebagai International Expert of South China Belt and Road Vocational Education Alliance in Water Resources and Electric Engineering baru-baru ini.

Presiden PKPB, Rasana Mahamad Ali berkata, pelantikan itu adalah suatu penghormatan kepada Malaysia ketika meniti
ulang tahun ke-10 penubuhan perkongsian strategik komprehensif melalui BRI tahun ini.

“Pelantikan ini juga adalah seiring dengan hasrat Malaysia membina kerjasama pragmatik dalam konteks TVET bersama institusi latihan di China yang menandakan gagasan hubungan yang terbina pada masa ini.

“Ini sekaligus akan memberi manfaat dan hasil kepada generasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Pandang serius bangunkan TVET demi transformasi digital dalam pengurusan alam sekitar – PKPB

Mengulas lanjut, Rasana memaklumkan kedua-dua penerima juga telah diberi peluang berucap dan membentangkan perkembangan TVET di Malaysia dalam Seminar 2023 ASEAN Vocational Education Foreign Exchange and Cooperation.

Katanya, antara topik yang dibentangkan adalah kepentingan kerjasama erat di antara kerajaan, institusi awam, GLC dan syarikat swasta dalam merangka kurikulum dan input bahan pembelajaran, bermula dari peringkat rendah, menengah sehingga tertinggi.

Selain itu, katanya, turu ditekankan adalah pemahaman terhadap definisi memperkasakan TVET untuk tidak terlalu terikat
dengan technicalness, systemness dan technologicalness semata-mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This