Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditubuhkan untuk perkasa Bahasa Melayu

Dari Penulis

THAI Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand hari ini secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penubuhan kursi tersebut diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr Prattana Srisuk dalam satu majlis hari ini.

Kursi itu secara khusus untuk memperkenalkan dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand.

Difahamkan ia merupakan Kursi pertama di institut pengajian tinggi di negara ini yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.

Baca artikel lain: Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai – MAIS

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berharap penubuhan kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara tersebut.

“Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.

“Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

“Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This