Seorang mangsa tragedi bot terbalik di Teluk Batik meninggal dunia

Dari Penulis

Seorang daripada mangsa kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung semalam, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan bahawa Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, meninggal dunia pada pukul 4.58 pagi.

Beliau berkata laporan polis dibuat oleh suami Nurulafiqah pada pukul 6.05 pagi.

“Pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh kakitangan jururawat Hospital Seri Manjung mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam kenyataan semalam memaklumkan, dua mangsa terpaksa diberikan rawatan kecemasan iaitu seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Nurulafiqah.

Nurulafiqah kemudiannya di bawa ke Hospital Seri Manjung dan dirawat di Zon Merah.

— BERNAMA

Tuesday , 29 August 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sektor tenaga bersih ‘lombong emas’, Malaysia tak boleh terlepas

DALAM keghairahan membina ekonomi bertaraf tinggi, negara sebenarnya sedang berdepan dua realiti meruncing iaitu ancaman perubahan iklim global dan...

More Articles Like This