SEORANG remaja perempuan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium dekat Jalan Tiara Titiwangsa, Setapak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.20 malam.
Beliau berkata, polis tiba di lokasi dan mendapati seorang perempuan warga asing berusia 14 tahun dalam keadaan tertiarap di atas jalan dekat Blok B.
“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan telah disahkan maut oleh pihak paramedik pada pukul 8.40 malam.
“Mangsa telah menetap di Malaysia selama lapan tahun dan tinggal bersama ibu dan kakak manakala bapa mangsa berada di Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan mendapati mangsa telah memanjat tong sampah berwarna hitam yang berada di balkoni lalu terjun ke bawah.
“Tiada unsur-unsur jenayah dan tiada kamera litar tertutup di rumah mangsa,” ujarnya.
Kes dikalsifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

