KERAJAAN akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tersebut merupakan langkah susulan yang diambil kerajaan dalam isu berkenaan.
“Ini merupakan amalan kita (apabila berhadapan isu seperti ini)…dan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra semalam, langkah seterusnya termasuk menghantar nota bantahan,” katanya.
Baca juga: Malaysia tak iktiraf ‘Peta Standard China Edisi 2023’
Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.
Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

