Dua rakan tipu tawaran anak angkat dipenjara 12 bulan

Dari Penulis

DUA rakan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah menipu seorang lelaki berkenaan tawaran mendapatkan anak angkat, Julai lepas.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap G. Gayatree, 32, yang bekerja sebagai penjaga dan Aliyah Begum Selvam, 30, penghantar makanan, dan memerintahkan kedua-dua wanita itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mereka didakwa bersama-sama menipu seorang lelaki berusia 37 tahun dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat dan meminta mangsa membuat tujuh kali transaksi pemindahan wang berjumlah RM7,900 ke dalam satu akaun bank.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Arah Sendayan di sini pada 15 Julai lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, selain sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Keterangan Zeti di mahkamah bukti ‘pengabaian tugas’ Apandi – Tun M

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah berurusan dengan Gayatree pada tarikh tersebut selepas diberitahu terdapat bayi perempuan untuk dijadikan anak angkat yang berasal daripada keluarga susah dengan pembayaran pendahuluan sebanyak RM4,000 dimasukkan ke satu akaun bank.

Lelaki itu kemudian membuat pembayaran berkenaan sebelum dia diminta membuat beberapa kali pembayaran lagi ke dalam akaun bank sama dengan keseluruhan berjumlah RM7,900, namun sehingga kini mangsa tidak menerima anak angkat yang dijanjikan dengan pelbagai alasan oleh tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran manakala kedua-dua tertuduh.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) J. Dasene yang mewakili kedua-dua wanita itu merayu hukuman minimum kerana mereka menanggung keluarga dan mempunyai masalah kesihatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This