POLIS mengesahkan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai dan anggota Balai Polis Setia Indah mengalami masalah mental.
Video penuh klik link di bawah
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai penyakit kecelaruan bipolar dan mengalami keadaan emosi yang luar biasa dan telah disahkan oleh doktor.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 21 Ogos lalu pada pukul 11.12 pagi.
“Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.
“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati terhadap polis kerana tidak menangkap pemiutang yang datang menagih hutang di premis perniagaan miliknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Jit Huey berkata, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video sehingga menganggu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

