Pelepasan Zahid cerminan kredibiliti Anwar sebagai PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELEPASAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi disifatkan cerminan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut menyifatkan dunia menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah pun hilang dan musnah.

Malah, beliau mendakwa Anwar merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal dan mengetuai sebuah Kabinet yang tidak kompeten.

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar.

“Maka, itulah dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa.

“Kita boleh jangka bahawa selepas ini Anwar akan terus ‘membersihkan’ imej semua yang bersekongkol dengan dia dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menjangkakan ada pihak yang akan membandingkan pelepasan Ahmad Zahid dengan pengguguran tuduhan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Wan Saiful, situasi bagi kedua-dua kes itu adalah amat berbeza.

“Dalam kes Muhyiddin, pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan malahan sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu.

Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid dilepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan

“Tetapi dalam kes Ahmad Zahid, pihak pendakwa memohon dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid.

“Kita hormati keputusan mahkamah dan biarlah prosesnya berjalan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri itu daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas, manakala yang terbaru, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu persoal mesyuarat PN diteruskan ketika semakan JPPM belum selesai

BERSATU mempertikaikan tindakan Perikatan Nasional (PN) meneruskan Mesyuarat Majlis Tertinggi Tergempar gabungan itu walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)...

More Articles Like This