POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki berkelakukan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan di kawasan awam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kejadian berlaku di tempat letak kereta dekat Alma, Bukit Mertajam pada 9 pagi semalam.
Beliau berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dengan nombor pendaftaran palsu telah menghampiri kenderaan pengadu iaitu seorang wanita warga tempatan.
“Suspek telah bertindak membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan ke arah pengadu sebelum beredar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaa dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

