Nahas pelumba drag: PJS siasat mengikut Akta 576

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PEJABAT Suruhanjaya Sukan (PJS) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung nahas kemalangan maut dalam acara Malaysia Drag Bike National ET Record Champioship Road Tour 2023 mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

PJS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan secara terperinci itu dilakukan bagi melihat sama ada terdapat sebarang pelanggaran akta dalam acara tersebut.

Kenyataan tersebut memaklumkan, PJS turut menyeru semua pihak untuk mendapatkan status penganjuran acara sukan yang disertai bagi memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan.

“PJS memandang serius perkara ini dan semakan awal mendapati kejohanan tersebut tidak mendapat sanksi Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan pengelola sukan bermotor di Malaysia.

“PJS sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bagi memastikan keselamatan aktiviti sukan bermotor sentiasa terpelihara.

“Seluruh warga PJS ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelumba drag Allahyarham Hattem Rashid yang meninggal dunia selepas terlibat dengan nahas kemalangan itu pada 3 September 2023 di Litar Pekan Speedway, Pekan, Pahang,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga: Pelumba drag meninggal dunia: Penganjur perlu bertanggungjawab kata KBS

Mengulas lanjut, PJS memaklumkan, orang ramai boleh merujuk kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) menerusi talian 03-8994 4800 atau e-mel [email protected] sekiranya memerlukan maklumat lanjut.

Terdahulu, Muhammad Hattem, 22, meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 12 jam susulan motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama perlumbaan pada 12.30 tengah malam, Ahad lepas.

Mangsa yang mewakili ESR Motor menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam.

Rentetan daripada itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meminta penganjur perlumbaan bertanggungjawab berhubung insiden tersebut.

Ketua Setiausaha KBS, Dr K. Nagulendran berkata, ia berikutan penganjuran perlumbaan itu tidak mendapat kelulusan daripada MAM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This