“Kelenjar pineal dan pitutari lebih kepada merangsang rohani, hormon dan sistem imun. Kalau ada jangkitan penyakit maka kelanjar itulah yang mengawalnya. Apabila kita memakai pakaian putih maka semangat akan kuat. Kalau dari segi agamanya semangat itu adalah kepercayaan. Secara mudahnya boleh dijelaskan warna putih itu adalah kepercayaannya tinggi, suci dan berada pada jalan yang lurus.
“Seandainya mahu khusyuk di dalam solat dan ibadat maka kena pakai warna putih sebabnya iblis tidak akan dapat membisikkan sesuatu untuk menipu dan memfitnah sistem deria. Apabila kita terdengar sesuatu bisikkan atau terlihat perkara yang tidak baik, ia adalah perbuatan syaitan. Untuk mengelakkannya kena lebih sering memakai pakaian berwarna putih kerana ia adalah pelindung diri yang gelombangnya cukup rendah sama dengan sistem tubuh badan manusia.
Baca artikel berkaitan: siri 1: Mencuri rahsia kenapa sunat berpakaian putih
“Dengan mengenakan pakaian putih, mental dan emosi boleh mencapai kemuncak rohaniah secara automatik. Dan, kemuncak rohaniah yang tertinggi adalah kepercayaan yang diwakili dengan warna putih, kemudian barulah cinta iaitu merah jambu dan kemudian datangnya khusyuk (ungu).
“Dari situ boleh dirumuskan bahawa sesiapa yang mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Allah maka dia akan dapat cinta dan rahmatNya. Warna putih itulah yang memupuk atau menjadi tarikan kepada isi alam supaya turut kasih kepadanya,” penjelasan Prof. Norhisham.
Kemudian dia menambah lagi, putih adalah warna yang sangat suci murni dan hening. Dalam agama lain apabila menyentuh soal ibadat mereka tidak mahu pakai putih kerana warna itu dianggap sebagai lambang kematian.
Namun hakikatnya warna putih itulah yang akan mendekatkan diri kita dengan ketuhanan. Maknanya rohani kita lebih dekat dengan Tuhan kerana yang dibawa bertemu dengan Allah bukannya jasad tapi roh.
Jadi, apabila hendak beribadat lebih elok memakai pakaian berwarna putih untuk mendapatkan hening dan lebih dekat dengan tuhan, barulah ada ketepatan ukuran untuk menimbang dosa pahala. Elakkan warna yang berat ukuran timbangan frekuensinya seperti merah, hitam, kuning dan oren kerana ia bertentangan dengan konsep ketuhanan.
Nanti apabila sampai masa untuk mendapatkan keheningan kita akan gagal untuk mencapainya, akan jadi terlalu stres, bereaksi, tidak tenteram, terlalu aktif, jiwa bergolak dan fikiran tidak damai.
Tegasnya, pilihan yang selamat adalah warna putih dan boleh dipakai selalu berbanding warna yang berat. Jika pakai warna yang berat seperti merah, kuning, hitam dan oren untuk beribadat ia sangat bertentangan dengan erti ketuhanan. Pakaian putih membolehkan kita mencapai tahap hening iaitu tahap yang paling tinggi agar khusyuk di dalam solat dan ibadat yang lain. Wallahu a’lam
_______________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

