SEORANG remaja ditemui maut selepas lemas ketika mandi di dalam parit dekat Ladang Genting, Seri Gading, 6.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa.
Beliau berkata, mayat mangsa berjaya ditemui di dasar parit pada kedalaman kira-kira tiga meter, pukul 7.20 malam.
“Siasatan mendapati mangsa Mohammad Abdullah,18, bersama 11 orang rakan telah pergi mandi di parit tersebut pada pukul 5.30 petang.
“Semasa sedang mandi, mangsa telah tergelincir ke tempat yang dalam dan cuba berpaut pada tangan salah seorang rakan tetapi terlepas dan terus tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas.
Kes dikategorikan sebagai mati mengejut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

