13 kenderaan rosak dirempuh lori di Jalan Beserah

Dari Penulis

SEBANYAK 13 buah kenderaan rosak selepas dirempuh sebuah lori di lampu isyarat Jalan Beserah dekat Perumahan Polis Bukit Pelindung, Kuantan pada 6.48 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua mangsa berusia 29 hingga 62 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripa sebuah lori yang hilang kawalan ketika di laluan selekoh menuruni bukit.

“Akibat kejadian, lori terbabit telah melanggar deretan kereta yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di hadapan.

“Kejadian berlaaku ketika cuaca hujan dan jalan raya dalam keadaan basah serta licin,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan merakam percakapan terhadap pemandu yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This