SEORANG lelaki cedera selepas kereta yang dipandu terbabas ke dalam parit di Jalan Alam Perdana – Bandar Puncak Alam, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 11.38 pagi.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah kereta Proton Saga dalam keadaan terbalik di dalam parit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa seorang lelaki Melayu berusia 51 tahun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan di muka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

