SEORANG penunggang basikal terkesima apabila seekor tapir Malaya dilihat memintasnya ketika beriadah di sebuah taman dekat Punggol, Singapura awal pagi semalam.
Menurut Posadas, 38, kejadian berlaku ketika dia sedang melakukan rutin harian di taman terbabit sebelum terdengar bunyi sesuatu sedang berlari dari arah belakang.
Katanya, dia menyangka haiwan tersebut adalah seekor kuda dan mula memerlahankan kelajuan basikal sebelum mendapati seekor tapir telah memintasnya.
“Saya terkejut dan kagum melihat makhluk cantik ini.
“Saya juga menjaga jarak kira-kira 10 meter dari tapir tersebut semasa merakam pergerakannya,” katanya memetik laporan The Straits Times.
Jelas Posadas, selepas tapir tersebut berhenti berlari, dia bertindak mengundurkan basikal dan berada kira-kira sejauh 20 meter dari haiwan itu.
“Saya hanya memerhatikannya dari jauh sehingga tapir tersebut terus ke pagar yang menuju ke arah sungai,” ujarnya.
Menerusi video yang dirakam oleh Posadas dapat dilihat tapir tersebut berlari melepasi beberapa orang awam yang sedang bersenam di taman itu.
Tapir itu dilihat berlari dengan laju sebelum berhenti secara tiba-tiba.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres) B. Kalai Vanan berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mendekati tapir tersebut.
“Oranag ramai diminta menjaga jarak yang selamat kerana tapir itu berkemungkinan besar telah sesat dan kini berada dalam keadaan tertekan.
“Elakkan daripada berlari atau berbasikal untuk mengejar tapir tersebut,” tegasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

