Lelaki mati dalam lori, polis tahan rakan

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori ditahan selepas rakannya ditemui mati di dalam sebuah lori dekat kawasan Jalan Universiti Putra Malaysia, Datuk Abu Bakar Baginda, pukul 1.41 pagi, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemeriksaan polis mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, pihaknya telah mengiringi pemandu lori dan mangsa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan bantuan.

“Bagaimanapun, mangsa seorang lelaki India berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan trauma tumpul di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu lori berusia 41 tahun itu telah ditahan dan direman selama 12 hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa merupakan rakan yang tinggal di taman perumahan yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This