SEPASANG suami isteri ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga luka, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 2.30 petang.
Beliau berkata, mangsa berusia enam tahun itu telah melarikan diri daripada rumah dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka di badan mangsa.
“Pihak polis telah ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa dan dibawa ke Hospita Jempol bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan mendapati mangsa telah didera dari Mac hingga sekarang.
Mangsa telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandung yang bekerja di kilang kayu dengan cara menggunakan tangan, menendang, merotan dan senduk kayu.
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati banyak kesan parut dan luka.
“Doktor yang merawat juga mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di tubuh,” ujarnya.
Bertindak atas maklumat, bapa kanak-kanak berusia 27 tahun dan ibu tiri berumur 31 tahun ditahan pada hari kejadian.
Siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan adik beradik lain tidak didera.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

