Lelaki dera isteri sampai mati diberkas polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mendera isteri sehingga mati di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 September lalu.

Video penuh klik link di bawah.

https://t.me/infoutusantv/588

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengawai perubatan pada pukul 4 petang.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa berusia 38 tahun mendapati terdapat kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis telah menahan suami mangsa berusia 35 tahun pada 3 September.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga esok.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada hari ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This