Pekerja asing bergaduh kerana potong barisan nak masuk kerja

Dari Penulis

HANYA kerana memotong barisan, sekumpulan pekerja warga asing merusuh di tapak pembinaan sebuah pangsapuri dekat Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 8 pagi, Julai lalu.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada pengurus tapak pembinaan, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun pada pukul 4.56 petang semalam.

“Pengadu mengesahkan kejadian berlaku ketika pekerja kontrak binaan sedang beratur untuk masuk kerja.

“Ketika kejadian, didapati tiga pekerja warga asing telah memotong barisan sehingga berlakunya pertengkaran mulut dan tolak menolak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu yang kebetulan berada di lokasi telah meleraikan pergaduhan tersebut dan tiada individu mengalami kecederaan.

“Pihak pengurusan juga telah menyelesaikan masalah tersebut secara dalaman,” ujarnya.

Katanya, polis juga telah mengenal pasti individu yang memuat naik video tersebut dan telah menyesali perbuatannya kerana mengakibatkan kerisauan masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This