Hentikan pendakwaan terpilih berhubung isu 3R, tegas Muhyiddin

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghentikan pendakwaan terpilih kepada pemimpin pembangkang berhubung isu 3R (agama, kaum dan raja).

Itu penegasan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat layanan tidak adil terhadap pemimpin pembangkang sedangkan pemimpin daripada blok kerajaan tidak dikenakan tindakan sama apabila menyentuh isu tersebut.

Bahkan, bekas Perdana Menteri itu turut berkata, beliau sendiri disiasat berkali-kali oleh polis selain berhadapan dengan pendakwaan jenayah kerana menyuarakan keresahan orang Melayu dan Islam.

“Saya menggesa kerajaan supaya menghentikan tindakan siasatan dan pendakwaan terpilih atas alasan 3R semata-mata untuk menutup mulut rakyat atau dengan izin to silent dissent.

“Tetapi pemimpin di sebelah sana yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan jahat yang jelas mengapikan sentimen perkauman langsung tidak disentuh walaupun puluhan malah ratusan laporan polis dibuat ke atas mereka, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga: Kenyataan berbaur 3R: Polis siasat ‘fatwa’ politik Muhyiddin

Untuk rekod, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas, ketika kempen PRK Parlimen Pulai.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa parti orang Melayu dilihat sudah hilang kuasa, selain mendakwa kerajaan ketika ini seolah-olah tidak faham masalah orang Melayu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This