HUJAH Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan pencapaian memberangsangkan ekonomi negara sehingga 2022 adalah tidak bersifat menyeluruh.
Perkara itu menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani kerana Hamzah hanya menyatakan data ekonomi terpilih dan tidak membezakan dari tahun ke tahun.
Johari yang pernah menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan Kedua berkata, Hamzah sebagai Ahli Parlimen sepatutnya lebih bertanggungjawab apabila menyampaikan hujah ekonomi di Dewan Rakyat.
“Bila bercerita soal ekonomi kita kena tengok angka-angka secara keseluruhan, bukan pick and choose. Apa yang disebut 8.7 peratus itu adalah kerana low base effect.
“Ekonomi ini sebagai rakyat biasa tidak berapa faham. Jadi apabila kita bentang sebagai Ahli Parlimen mesti bertanggungjawab,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam.
Baca juga: KSP RMK12 rungkai tahap pembangunan negara, sosioekonomi rakyat – PM
Mengulas lanjut, Johari berkata, ekonomi Malaysia pada 2020 telah menguncup 5.5 peratus sedangkan Singapura mengalami penguncupan 4.1 peratus, manakala Indonesia 2.1 peratus.
Jelas beliau, perkembangan ekonomi pada tahun berikutanya menunjukkan perbezaan yang mana Singapura dan Indonesia masing-masing berkembang pada 7.6 peratus dan 3.7 peratus, manakala Malaysia cuma mencatatkan 3.1 peratus.
“Pada 2021, Malaysia hanya berkembang 3.1 peratus, tidak cukup untuk cover penguncupan berlaku pada tahun 2020. Singapura dan Indonesia sudah cover penguncupan pada 2020.
“Daripada segi pengangguran pula pada 2020 hingga 2022 pula meningkat 730,000 atau 4.6 peratus dan semasa ia telah menurun kepada 3.4 peratus.
“Kadar hutang juga meningkat RM1.5 trilion. Indeks bursa jatuh daripada 1,860, jatuh kepada 1,531 dan jatuh 1,219. Sekarang ini 1448,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

