PAKATAN Harapan (PH) Sabah menafikan, berita yang melaporkan bekas Ketua Menterinya, Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan tersebut di negeri berkenaan.
PH Sabah dalam kenyataan menjelaskan, laporan berita yang tular di media sosial bertajuk ‘Musa Aman akan ketuai PH Sabah?’ itu nyata menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai pihak.
“PH Sabah amat terkejut dengan laporan berita itu yang telah tular dalam media sosial dan menimbulkan kekeliruan serta kerisauan rakyat.
“Kami secara sebulat suara menafikan perkara ini dan ia tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat PH Sabah,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: PN didakwa mahu lantik Tun M sebagai ‘de facto’
PH Sabah menegaskan, sebarang keputusan penting yang berkait dengan mandat dan keyakinan rakyat akan dipertimbangkan, diteliti dan diperhalusi sebulat suara pada peringkat pimpinan tertinggi.
Menurutnya, mereka juga akan bertemu dan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincang perkara itu termasuk hala tuju gabungan menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi PKR Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

