Salam takziah, Ibu Fahrin Ahmad meninggal dunia

Dari Penulis

IBU pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad iaitu Merbyah Akhwan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pukul 10.06 pagi, hari ini.

Fahrin,44, berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Instagram. 

“Bonda saya Almarhumah Merbyah Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di IJN.

“Jenazah akan diuruskan di IJN, disolatkan di Masjdi At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fahrin tidak berkongsi lanjut punca arwah meninggal dunia.

Terdahulu, Fahrin ada memohon orang ramai mendoakan urusan ibunya dipermudahkan.

“Mohon doa semua agar urusan bonda saya dipermudah. Diampunkan segala dosa-dosanya di dunia dan akhirat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This