CADANGAN supaya warganegara asing dilarang membeli beras keluaran tempatan ketika bekalan berkurangan disifatkan bukan satu diskriminasi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mencadangkan perkara itu menegaskan, perkara tersebut melibatkan keutamaan kepada rakyat tempatan.
Menurut Muhamad Akmal, keutamaan seharusnya diberikan kepada warga sendiri apabila bekalan beras tempatan berkurangan.
Beliau berkata, perkara itu bukan satu penyelesaian jangka panjang, namun boleh mengurangkan bebanan awal ketika krisis itu berlaku.
“Betul pekerja asing pun bukan kaya-raya tetapi berbanding dengan komitmen mereka dengan rakyat Malaysia jauh berbeza.
“Mereka tinggal di rumah sewa ramai-ramai, makan pun secara berjemaah, tidak perlu membayar pinjaman kereta, rumah, anak-anak bersekolah dan lain-lain lagi.
Baca artikel berkaitan: Salur maklumat lengkap harga beras tempatan yang naik, bukan sekadar viral video – KPDN
“Jika beras tempatan ini berlambak di pasaran, tiada masalah tetapi hari ini nak beli pun susah malah, kita terpaksa berebut dengan mereka pula.
“Tauke besar hanya memikirkan keuntungan dan yang paling penting barang mereka habis dijual kepada sesiapa sahaja tetapi pemimpin memikirkan masalah sebenar rakyat di bawah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian ketika mengulas kritikan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin yang menyifatkan ia sebagai satu mesej salah kerana mendiskriminasikan pekerja asing.
Ameer turut menyifatkan ia tidak praktikal kerana memerlukan pekerja kaunter menyemak kad pengenalan pelanggan selain gaji pekerja asing tidak besar dan mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

