POLIS Diraja Malaysia (PDRM) digesa supaya menukar pegawai penyiasat yang mengendalikan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Gesaan itu disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu kes tersebut disiasat tanpa sebarang syak wasangka.
“Alhamdulillah, moga keadilan untuk adik Zara. Pemergiannya dirasai oleh kita semua.
“Kita desak juga agar kes ini disiasat oleh pegawai penyiasat yang berlainan dari yang menjalankan siasatan awal agar kes ini dapat diadili tanpa ada sebarang syak wasangka! Kita semua Zara Qairina!,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur jenazah Zara Qairina digali semula.
Baca artikel lain: Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Menurut AGC, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.
Sebelum ini, AGC sudah menerima laporan penuh siasatan awal kes itu tetapi menyerahkan semula kepada polis untuk melengkapkan siasatan.
Allahyarham Zara Qairina yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

