Bekalan beras putih tempatan dijangka pulih dalam sebulan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEKURANGAN bekalan beras putih tempatan di pasaran domestik dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), hari ini.

Menurut Mohamad, kekurangan beras putih tempatan itu dijangka dipulihkan melalui pelaksanaan program khas bekalan yang dilancarkan secara konsensus bersama pengilang bagi mengeluarkan tambahan 20 peratus stok sebanyak 23,000 tan metrik sebulan untuk tempoh setahun.

Beliau berkata, program tersebut meliputi 2.3 juta kampit 10 kilogram (kg) untuk diedarkan ke seluruh Semenanjung.

Mohamad turut menyifatkan kekurangan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini adalah disebabkan pembelian panik apabila harga beras import yang meningkat di pasaran.

“Fasa pertama bermula 8 September melibatkan lima syarikat pemborong utama manakala fasa kedua mulai 15 September melibatkan 103 syarikat pemborong.

“Pelaksanaan program khas beras putih tempatan ini kekurangan bekalan beras di pasaran domestik dijangka dipulihkan dalam tempoh sebulan.

“Sekarang di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), padi sedang dituai lebih 20 peratus. (Jadi), beras tempatan akan berada di pasaran dengan lebih banyak sebulan dua ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Larang warga asing beli beras tempatan bukan diskriminasi – Akmal

Sementara itu, Mohamad memaklumkan Malaysia mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan melibatkan 250,000 tan stok simpanan dan 650,000 tan untuk stok dagangan.

Katanya, stok bekalan beras itu dijangka dapat menampung keperluan negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, pihaknya berpandangan masih belum ada keperluan mendesak bersifat kecemasan untuk menggunakan stok simpanan beras kerana stok dagangan sedia ada masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Jelas Mohamad, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga kini giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras iaitu sebanyak 80 peratus menjelang 2030.

Katanya, antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperluaskan dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar.

“Program ini dilaksanakan berdasarkan kepada empat model iaitu model SMART SBB Padi Putih, SMART SBB Padi Wangi, SMART SBB Asnaf dan SMART SBB Mini Sekinchan.

“Program tidak menggunakan sebarang peruntukan tambahan daripada kerajaan, malahan syarikat peneraju yang terbabit akan menanggung kos pelaksanaan operasi sehingga RM3,200 perhektar,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This