Ini kerajaan ‘NATO’ – no action, talk only – Syed Saddiq

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA percaya ini bukan kerajaan walk the talk tapi kerajaan ‘NATO’ – no action talk only.”

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa kerajaan gagal melaksanakan pelbagai reformasi yang telah dijanjikan sebelum ini.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan Kerajaan MADANI ketika ini berusaha melakukan reformasi atau walk the talk melibatkan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menurut Syed Saddiq, banyak janji melaksanakan reformasi yang telah ditangguhkan sejak kerajaan baharu ini mengambil alih pentadbiran negara.

“Tak perlu bicarakan soal reformasi baharu contohnya dalam Parlimen kata nak pisahkan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.

“Realitinya ini kerajaan NATO – no action, talk only. Dalam bab ini tak perlu katakan ini kerajaan walk the talk.

“Saya rasa rakyat pada hari ini bila dengar perkataan tatakelola itu pun orang dah tahu ini penipuan.

“Bila dengar kata akan laksanakan, orang akan kurang percaya sebab dah berikan pelbagai peluang tapi masih tak dilakukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Masa jadi kerajaan kenapa tak pisahkan Peguam Negara, Pendakwa Raya?’, Azalina bidas pembangkang

Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut memberi contoh mengenai janji mengenai reformasi yang didakwa masih tidak ditepati kerajaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri sebelum ini sendiri telah memberi jaminan bahawa setiap ahli Parlimen tidak mengira kerajaan atau pembangkang akan mendapat peruntukan adil dan saksama.

Malah, kata beliau, Perdana Menteri juga berjanji supaya semua ahli Kabinet diwajibkan mengisytiharkan harta, namun sehingga kini masih tidak dilakukan.

“Selepas siri demi siri rundingan, kini peruntukannya masih tiada. Ahli Parlimen kerajaan dapat RM3.8 ke RM4.5 juta tetapi kawasan Parlimen pembangkang dapat kosong.

“Maksudnya sekolah di kawasan pembangkang akan dibiarkan tidak diselenggara.

“Orang susah yang berdaftar dengan eKasih tidak dapat pembelaan sewajarnya kerana lazimnya mereka memerlukan bantuan daripada peruntukan Parlimen sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Azalina membidas blok pembangkang yang tidak melaksanakan usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sewaktu mentadbir negara.

Ahli Parlimen Pengerang itu turut mendakwa pembangkang tidak langsung bercakap tentang perkara itu ketika menjadi kerajaan.

Azalina menyifatkan kerajaan ketika ini komited kepada tatakelola yang lebih adil dan walk the talk berbanding pembangkang yang don’t walk, don’t talk.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This