Syed Saddiq master mind beri arahan keluar dana Armada, kata Pendakwaan

Dari Penulis

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah master mind atau dalang yang memberikan arahan mengeluarkan wang milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.

Memetik laporan BH Online, Syed Saddiq patut dipersalahkan sepenuhnya kerana amat jelas dan terang beliau merupakan master mind di sebalik perbuatan pecah amanah jenayah membabitkan dana RM1 juta itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah memberikan arahan kepada bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali untuk mengeluarkan wang milik Armada disebabkan alasan yang jahat dan tidak jujur.

Menurut pihak pendakwaan, Rafiq Hakim sendiri dalam keterangannya menyatakan beliau tidak akan mengeluarkan wang RM1 juta jika tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq.

Wan Shaharuddin berhujah, keterangan saksi pendakwaan ke-13 itu turut disokong oleh keterangan saksi pendakwaan ke-10, 11 dan 12 bahawa semua tindakan mereka disebabkan arahan daripada responden dan perbuatan mereka digerakkan daripada arahan yang sama datang daripada responden.

Baca artikel lain: ‘Hormat saya kepada institusi kehakiman tinggi, hanya doa yang penting’ – Syed Saddiq

Saksi pendakwaan ke-10, 11 dan 12 adalah pemilik sebuah syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32; bekas EXCO Armada, Abdul Hannaan Khairy dan bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi.

Tambahnya, panel Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq sepatutnya melihat keterangan tiga saksi pendakwaan terbabit yang menyatakan mereka tiada motif untuk mengenakan bekas Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu.

“Saksi pendakwaan ini adalah rakan Syed Saddiq dan menyatakan bahawa mereka tiada motif untuk mengenakan dan ‘menambah perencah’ dalam keterangan mereka. Jika hendak menyatakan semua ini sudah diatur, kena tunjukkan ada perbalahan. Ketika diperiksa balas, Syed Saddiq sendiri menyatakan hubungan dengan saksi adalah baik.

“Malah sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi pendakwaan, iaitu Rafiq datang bertemu Syed Saddiq untuk memperagakan baju Melayu. Kes kami amat bergantung kepada bukti keadaan dan dalam keadaan sekarang, kami tidak mempunyai kelebihan apabila Mahkamah Rayuan banyak menolak keterangan yang amat relevan bagi kes terhadap responden,” katanya.

Wan Shaharuddin menegaskan, dari awal lagi, kes pendakwaan adalah responden sendiri tidak melakukan kesalahan pecah amanah jenayah, sebaliknya adalah dalang atau master mind dalam perlakuan pecah amanah jenayah seperti keterangan saksi pendakwaan ke-13, Rafiq Hakim.

“Sebagai dalang atau master mind, responden patut dipersalahkan sepenuhnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This