Azizulhasni kembali jalani latihan di Velodrom Nasional

Dari Penulis

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali menjalani latihan ringan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan semalam susulan kemalangan dialaminya pada Jumaat lepas.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill sekali gus memberi petanda positif jaguh keirin dunia itu kekal dalam landasan memburu pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, China bermula 23 September ini.

“Saya telah bercakap sendiri dengan jurulatihnya John Beasley yang sahkan Azizulhasni cedera ringan di bahagian kulit dekat kaki serta tangannya akibat kemalangan tersebut serta menerima rawatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) sejak beberapa hari ini.

“Saya juga diberitahu beliau juga telah kembali ke velodrom dan menjalani latihan ringan jadi ia satu petanda yang baik, lagi-lagi Sukan Asia akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Baca artikel berkaitan: “Alhamdulillah.. Allah selamatkan saya, syukur tidak cedera serius” – Azizulhasni

Amarjit berkata demikian selepas majlis pengumuman Tourism Malaysia sebagai antara penaja utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, hari ini.

Amarjit berkata kembalinya Mohd Azizulhasni menjalani latihan di Velodrom Nasional dalam masa sama telah mengambil kira kecederaan ringan dialaminya susulan kemalangan tersebut yang disahkan berlaku akibat kegagalan mekanikal tayar basikal.

“Memandangkan beliau telah diberi kebenaran untuk kembali ke velodrom menjalani latihan, saya percaya ia merupakan keputusan menyeluruh diambil pelbagai pihak termasuk beliau sendiri, jurulatih serta doktor yang merawatnya,” katanya.

Pada Sabtu lepas, The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan sebagai persiapan ke temasya Sukan Asia yang akan berlangsung 23 Sept hingga 8 Okt ini.

Terdahulu, pada majlis itu Tourism Malaysia tampil dengan jumlah penajaan berjumlah RM1 juta merangkumi pelbagai program promosi selain menaja jersi Raja Bukit bagi perlumbaan tersebut yang akan bermula di Kerteh,Terengganu 23 Sept ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This