BEKAS Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berhubung kenyataan mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam hantaran di Facebook, Khairy mempersoalkan tindakan Kit Siang yang hanya mengeluarkan satu ayat sahaja berkenaan isu DNAA itu.
Merujuk kepada kenyataan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang ‘terkedu’ dan ‘terkejut’ dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik pertuduhan kepada Ahmad Zahid, Khairy mempersoalkan sama ada itu sahaja yang mampu diungkapkan Kit Siang.
Menurut Khairy, Kit Siang sepanjang kerjaya politiknya selama ini mempunyai begitu banyak perkara untuk diperkatakan.
Malah, bekas Menteri Kesihatan itu secara sinis mengatakan Kit Siang telah ‘menyucikan’ best friend forever (BFF) politik terbaharu DAP iaitu UMNO.
“Ini sahaja yang Kit Siang mampu cakap? Kalau baca kenyataan penuh Kit Siang ada satu ayat ini sahaja berkenaan isu DNAA ini. Terkedu. Terkejut. Itu sahaja.
“Itu sahaja kah? Anda selalunya banyak perkara mahu diperkatakan sepanjang kerjaya dan kini hanya ini sahaja?
Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri jawab isu DNAA Zahid di Dewan Rakyat esok
“Selebihnya dia menyalahkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya pecah-belahkan masyarakat.
“Mantap betul Kit Siang menyucikan rakan BFF politik terbaharu DAP,” katanya dalam hantaran itu.
Jumaat lalu, Kit Siang menyatakan rasa terkedu dan terkejut dengan keputusan AGC menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid.
Kenyataan itu hadir hanya selepas lebih sepuluh hari mahkamah membuat keputusan DNAA terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyoal sikap berdiam diri wakil rakyat DAP terutama Kit Siang; Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo yang sebelum ini lantang membangkitkan isu keadilan.
Bagaimanapun, Takiyuddin menyifatkan kesemua mereka hanya membisu selepas keputusan itu dilaksanakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

