10 tahun kahwin, Julfekar & Min Yasmin dikurniakan cahaya mata lelaki – “Jantung bayi makin lemah, terus dibedah”

Dari Penulis

SELEPAS 10 tahun mendirikan rumah tangga, komposer Julfekar Ahmad Shah dan isterinya yang juga penyanyi, Min Yasmin dikurniakan cahaya mata lelaki seberat 800 gram pada 16 September lalu.

Berkongsi berita gembira itu, Julfekar memberitahu bayi tersebut dilahirkan pra-matang di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah pada pukul 7.49 malam selepas isterinya mengalami tekanan darah tinggi.

“Min dikejarkan ke hospital dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.

“Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan degupan jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta-merta,” kongsi Julfekar.

Pada masa sama, Julfekar turut memohon doa orang ramai agar isteri dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.

“Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sepenuhnya bayi pra-matang kami yang berusia 30 minggu (tujuh bulan) ini.

“Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan keluarga.

“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima kasih semua atas doanya dan syukur ke hadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi umat Muhammad SAW di bumi ini. Alhamdulillah,” katanya.

Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar dan pertama buat Min.

Menerusi perkahwinan pertama, Julfekar dikurniakan empat cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This