Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut, polis siasat ikut Seksyen 302 KK

Dari Penulis

PIHAK polis mengklasifikasi dan menyiasat kemalangan maut melibatkan pasangan suami isteri yang dirempuh oleh sebuah kereta dipandu pemandu mabuk di Jalan Ampang pada Sabtu lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa memaklumkan, pihaknya telah menahan suspek lelaki tempatan berusia 24 tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan.

Katanya, penahanan itu dibuat sejurus suspek dibenarkan keluar hospital pada semalam dan memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee, pada hari yang sama. 

Baca: Wanita warga emas ditemukan maut ditetak di Ipoh

“Pada hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Lumpur, Nur Atikah Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari sehingga 11 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Beliau menambah, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut. 

Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereeka dirempuh oleh sebuah kereta yang disyaki dipandu dalam keadaan mabuk. 

Dalam nahas itu, kereta jenis Toyota Vios terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagaian belakang motosikal jenis Honda Wave Alpha dinaiki pasangan itu.

Susulan itu, pemandu dan penumpang hadapan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur ekoran kecederaan di bahagian kepala, manakala seorang lagi penumpang belakang hanya mengalami kecederaan ringan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This