Prof Kasim terus terajui UMS, Nik Norzrul pengerusi baharu USIM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERKHIDMATAN Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijadual berakhir 3 Oktober ini disambung semula.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.

“Tahniah diucapkan dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh ini, diharap agar mereka dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik,” katanya di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: PM jamin harga beras tempatan tidak naik

Kasim sebelum ini dilantik sebagai Naib Canselor UMS bagi menggantikan Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin yang tamat tempoh memegang jawatan itu pada akhir Julai tahun lalu.

Difahamkan tempoh perkhidmatan Kasim akan disambung selama dua tahun lagi iaitu sehingga 2 Oktober 2025.

Sebelum ini, beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari 2009 hingga 2014.

Sementara itu, Khaled berkata, Nik Norzrul Thani adalah seorang tokoh berpengetahuan luas dalam bidang korporat dan undang-undang.

Katanya, beliau juga menjadi pengerusi beberapa institusi terkemuka negara seperti Sime Darby Plantation Bhd dan Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura (MSBC).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This