Cekur Yang Kian Dilupakan

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Tanaman ini mudah hidup dan sering ditanam di dalam pasu. Daunnya seperti kunyit, tidak menegak tinggi tetapi kedudukannya rendah melata di tanah. Umbinya yang berwarna kuning dan keputihan selalunya digunakan dalam masakan. Daunnya boleh digunakan dalam masakan, biasanya ia dihiris halus.

Cekur menghasilkan bau, dan sesetengah orang tidak tahan dengan baunya. Bila sebut sahaja cekur, ia amat sinonim dengan orang yang baru lepas bersalin. Ini kerana cekur adalah salah satu ramuan digunakan dalam menu makanan bagi mereka yang lepas bersalin.

Dalam bahasa Latin, ia dinamakan Kaempferia galangal. Ia baik untuk penyakit seperti batuk, masuk angin, kembung, sakit kepala, cirit-birit dan boleh menurunkan berat badan.

Maka tidak hairan jika cekur digunakan dalam ramuan jamu bagi masyarakat Indonesia. Jamu yang dimaksudkan ialah jamu beras kencur (cekur) yang menggunakan beras rendam yang dikisar.

Selain itu cekur juga banyak digunakan dalam resipi seperti kerabu, nasi ulam, kuah pecal, rempeyek, sambal belacan dan juga masakan berkuah.

Selain di rantau ini, cekur juga digunakan di Sri Lanka untuk makan sirih selain, buah pinang. Biasanya mereka mengeringkan cekur sebelum dimakan dengan sirih. Kalau di China, cekur amat popular di kalangan daerah Sichuan kerana mereka suka mencampurkannya dalam masakan. SAJI kongsikan resipi ikan masak lemak cekur, sedap tau! Cubalah…

Ikan Masak Lemak Cekur

BAHAN
3 ekor ikan keli – bakar atau salai
2 cawan santan
5 ulas bawang merah – tumbuk
3 helai daun cekur – hiris
5 biji buah keras – tumbuk
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
4 cm halia
1 labu bawang beras -hiris
7 tangkai cili padi – hiris
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN
1.Satukan bahan yang ditumbuk dengan santan di dalam periuk.
2.Masukkan sedikit garam dan asam gelugur, masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Setelah kuah masak, tuangkan di ikan keli yang telah siap dibakar atau disalai. Boleh dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This