Adabi Perkenalkan Produk HoReCa Kepada Pengusaha Hotel, Restoran Dan Katering

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) telah memperluaskan rangkaian dan peranannya sebagai pembekal barangan keperluan pengguna dengan memperkenalkan produk katering (HoReCa) untuk pengusaha hotel, restoran dan katering serta pemborong.

Perkhidmatan produk katering ini berpotensi meningkatkan jualan serta lebih banyak peluang kerjasama perniagaan yang boleh diterokai dan dicipta menerusi nilai tambah dalam pasaran HoReCa ini.

Antara produk katering Adabi yang laris jualan

Adabi yang turut serta menyertai Pameran Food & Hotel Malaysia (FHM) selama 4 hari, yang berlangsung dari 19 hingga 22 September 2023 bertempat di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) mengambil peluang bertemu secara terus dengan pemain industri pemakanan dan hospitaliti serta menjalinkan hubungan perniagaan yang melibatkan sektor F&B dan HoReCa dari seluruh dunia.

Team Adabi yang bertugas dan menjayakan Pameran Food & Hotel di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Pameran Food & Hotel Malaysia ini merupakan aktiviti dwitahunan buat kali ke-17 pada tahun ini. Ini merupakan pameran terbesar dan terulung yang melibatkan 1,500 peserta pameran dan jenama terkenal dari 15 negara, yang dihadiri 25,000 pengunjung perdagangan dari seluruh dunia.

Mohd Yazid bersama staf @ orang-orang kuat Adabi Trading House

Menurut Pengurus Adabi Trading House, Mohd Yazid Md.Mokhsin berkata, sehingga kini terdapat lebih dari 200 produk berkualiti dihasilkan oleh Adabi yang boleh didapati di pasaran. Langkah ke hadapan memperkenalkan produk katering ini membantu pengusaha perniagaan makanan mendapat manfaat dan yakin dengan penggunaan produk Adabi sebagai pelengkap masakan
yang sudah pastinya sedap, cepat dan mudah disediakan.

Antara produk Adabi yang di datangkan dalam pek besar seperti perencah tomyam, perencah nasi goreng, serbuk kari, serbuk kunyit, perencah sup seberat 1kg dan 3kg. Manakala asam jawa, sos cili, kicap lemak manis, sos tomato dan sos seafood di dalam botol viral seberat 1.9 kg dan 2 kg untuk kegunaan industri HoReCa.

Tambah Mohd Yazid, pembelian dan tempahan produk katering ini boleh dibuat di Adabi Trading House dengan menghubungi Encik Zaki (Pengurus Jualan) di talian 019-2921844 untuk sebarang maklumat lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This