Malaysia kutuk serbuan Masjid Al-Aqsa, gesa komuniti antarabangsa henti tutup mata

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa yang dilakukan ekstremis Israel, Ahad lalu termasuk menyerang umat Islam Palestin di salah satu pintu masuk ke perkarangan masjid di Baitulmaqdis Timur.

Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, serangan terhadap jemaah itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan.

Malah, Kementerian Luar menegaskan, ia juga merupakan pencabulan secara terang-terangan terhadap kesucian kawasan tersebut yang jelas mahu mencabar status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Pada masa sama, Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan keganasan berterusan terhadap kemanusiaan dan mengabaikan prinsip undang-undang antarabangsa.

“Semua tindakan provokasi dan keganasan mesti dihentikan segera demi keamanan dan keselamatan.

“Sepatutnya tiada layanan tidak seimbang perlu dilakukan dalam menangani konflik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM tegaskan hak asasi rakyat Palestin mesti dihormati

Mengulas lanjut, Kementerian Luar juga menggesa komuniti antarabangsa untuk berhenti menutup mata terhadap tindakan rejim yang jelas mengamalkan dasar aparteid.

“Komuniti antarabangsa tidak boleh terus mengabaikan serangan berterusan Israel dan dasar aparteid yang melanggar hak asasi, kehidupan, mata pencarian dan maruah rakyat Palestin daripada pelbagai kepercayaan di tanah mereka sendiri.

“Malaysia terus berpegang teguh kepada pendirian berprinsip bahawa Palestin layak memiliki negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya.

Kejadian itu berlaku apabila pasukan keselamatan Israel mengusir jemaah dari Masjid Al-Aqsa dan menghalang akses kepada penduduk Palestin yang berusia di bawah 50 tahun bagi memberi laluan kepada peneroka Israel sempena Rosh Hashanah, Tahun Baharu Yahudi, menurut laporan media antarabangsa.

Peneroka Israel yang diiringi dan dilindungi oleh peningkatan kehadiran pasukan keselamatan kemudian membuat serangan provokasi ke dalam masjid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This