Akmal bidas NGO pertahan warga asing beli beras tempatan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertahankan warga asing dalam isu menghadkan pembelian beras tempatan.

Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George itu juga tidak relevan.

Hal itu menurut beliau kerana isu bekalan beras ketika ini khususnya beras tempatan yang disubsidi kerajaan masih meruncing dan memerlukan penyelesaiaan segera.

“Langkah tidak berperikemanusiaan katanya? Lagi tidak berperikemanusiaan bila rakyat Malaysia hanya mampu tengok sahaja warga asing beli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.

“Bila beras dah cukup dan ada lebihan,bagi lah siapa nak beli,ini isu beras tempatan tidak cukup ya Datuk (Dr Jacob).

“Mohon Datuk (Dr Jacob) ini pergi turun ke bawah dan lihat sendiri,bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: Bekalan beras putih tempatan di Selangor mencukupi, kata MB Amirudin

Terdahulu, Muhamad Akmal mencadangkan kerajaan mengambil langkah untuk mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Turut senada dengan Muhamad Akmal ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Rentetan cadangan tersebut, Dr Jacob mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan berkenaan tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan kepada warga asing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This