HARI Sukan Negara (HSN) peringkat negeri akan tetap berjalan dan dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penyelerasan HSN itu bagaimanapun akan kekal dipengerusikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Jelas KBS, langkah itu adalah selari dengan hasil keputusan Kabinet Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Ini bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan melibatkan program dan aktiviti Kerajaan Persekutuan.
“Begitupun, Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan Negeri akan turut dijemput bagi memeriahkan penganjuran program di peringkat negeri masing-masing,” jelas kenyataan tersebut.
Baca juga: Bidang sukan, pendidikan tidak sepatutnya jadi mangsa politik Madani – Sanusi
KBS menambag, HSN merupakan agenda nasioanl bagi membudaya dan merakyatkan sukan tanpa mengira fahaman politik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas Kerajaan Madani yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa menjadikan bidang sukan dan pendidikan sebagai ‘mangsa politik’.
Beliau mendakwa, hal itu kerana EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir PN tidak lagi akan mempengerusikan HSN peringkat negeri seperti sebelum ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

