“Perkahwinan ini bukan kegagalan tetapi sudah tertulis” – Engku Emran minta hormati privasi

Dari Penulis

SUAMI kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran menempelak segelintir netizen yang meninggalkan komen berhubung kemelut rumah tangganya seperti yang dilaporkan dalam media.

Emran berasa terpanggil untuk bersuara dan memohon agar warganet tidak menyebarkan fitnah mengenai kisah rumah tangganya dengan kakak kepada selebriti Noor Neelofa itu di media sosial.

“Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah daripada tidak terkawal.

“Selepas kata-kata saya ini jika anda terus membuat andaian dan cerita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda itu adalah masalah anda dan anda perlu menjawab dengan Tuhan.

“Saya tidak pernah ambil pusing kepada khabar angin dan gosip murahan atau sampah.

“Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal. Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti,” katanya.

Sementara itu, Emran atau Engku Emran Engku Zainal,48, berkata, dia penah menyatakan kepada Nabila bahawa ketiga-tiga perkahwinan mereka sebelum ini bukanlah satu kegagalan tetapi sudah ditakdirkan jalan hidupnya begitu.

“Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing.

“Perkahwinan memang sukar. Siapa yang pernah berkahwin kami semua tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.

“Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini.  

“Ia hanyalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan yang perlu kita lalui untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar,” ujarnya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Emran yang merupakan seorang usahawan itu  juga memohon dan berpesan kepada orang ramai untuk menghormati ruang privasi mereka yang sedang melalui fasa sukar saat ini. 

“Jaga adab serta hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga… mak dan ayah. Jangan sakiti hati mereka. 

Kami tidak pernah kacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda. Hormati kehidupan kecil kami ini walaupun ia tidak sempurna.

“Sekali lagi saya minta anda untuk menghormati dan beri ruang.  Ini adalah detik sukar buat kami berdua. Mohon doa semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua,” katanya.

Terdahulu Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.

Nabila dan Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. 

Sebelum menikahi Nabila, Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira pada Oktober 2007 sebelum bercerai tujuh tahun kemudian. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya,14 tahun. 

Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September 2017 dan bercerai pada 2020. Mereka  tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This