Thor X bantu tingkatkan stamina lelaki, sasar jualan RM3 juta

Dari Penulis

#selamatkanrumahtangga, ini prinsip produk makanan tambahan, Thor X dalam membantu pasangan suami isteri bagi melayari kehidupan berumah tangga yang lebih berkualiti dan bahagia.

Mensasarkan lebih 100,000 pasangan berkahwin, pengeluar produk makanan tambahan, Branz Marketing Sdn. Bhd. yakin mampu mencecah jualan RM3 juta pada 2023.

Jelas pengasas bersama, Dr Aizul Hafizi Ismail, Thor X bukan sahaja membantu memberi fokus kepada kesihatan lelaki, malah memberi nilai tambah dalam memudahkan urusan rumah tangga.

“Bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan lebih dua tahun di mana keberkesanan produk ini adalah ia mengandungi akar maca yang juga sering dipanggil ginseng Peru dan terkenal kerana menggalakkan tenaga dan kecergasan.

“Ia adalah herba tradisional Peru dari pergunungan Andes yang telah digunakan selama berabad-abad untuk tujuan kulinari dan perubatan,” jelasnya ketika ditemui pada  majlis pelancaran produk itu di JW Marriot Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hanya menggunakan bahan organik dan tiada kesan sampingan, namun jelas Dr Aizul, pengguna dinasihatkan supaya minum air putih yang mencukupi agar kesannya lebih maksimum.

“Thor X menggunakan bahan organik yang dipilih dengan teliti, pengguna tidak perlu risau tentang kesan sampingan yang tidak diingini. Namun saya nasihatkan mereka yang mengambil suplemen ini agar minum air putih dalam kuantiti yang banyak,” ulasnya lagi.

Mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna, suplemen keluaran Branz Marketing Sdn Bhd ini juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal.

Thor X telah mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan selamat dan bersih untuk dimakan kerana telah menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MESTI).

Turut hadir, pempengaruh media sosial, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli sebagai Pengasas Bersama. Ulas Caprice, matlamat utama Thor X ialah untuk menyelamatkan rumah tangga pasangan yang mengalami masalah bagi memenuhi keperluan batin pasangan.

“Banyak isu rumah tangga yang berlaku yang membawa kepada perceraian dan matlamat kami mahu membantu mereka yang mempunyai masalah batin. Ada golongan suami yang depresi akibat masalah ini dan mungkin produk kami dapat membantu mereka atasinya dengan cara yang selamat,” katanya kepada media.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This