AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa bekalan makanan utama termasuk beras putih tempatan, minyak masak dan gula di kawasannya telah terputus ketika ini.
Dalam hantaran di Faceook, Hassan berkata, rakyat di Pasir Gudang sedang berada dalam kemarahan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan perkara tersebut.
Malah, Hassan menyifatkan, masalah itu tidak pernah dialami rakyat sebelum ini.
Beliau turut mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan program Jualan Rahmah di Pasir Gudang.
Baca artikel berkaitan: Hassan pertikai Zahid umum bantuan menjelang PRN, demi “pilihan raya adil, bersih tanpa rasuah”
“Rakyat sedang marah. Beras tempatan tak ada. Minyak masak tak ada. Gula pasir tak ada. Telur ayam tak ada.
“Mohon KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) tolong rakyat kami di Pasir Gudang.
“Sama ada buat segera program Jualan Rahmah atau hantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.
“Rakyat amat mengharap pertolongan kerajaan. Tidak pernah rakyat mengalami putus bekalan makanan utama seperti sekarang ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

