PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 orang itu.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Nazri Aziz; Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.
Baca artikel berkaitan: Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar, yang tiba di New York pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.
Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di Amerika Syarikat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

