AKTRES Tiz Zaqyah memuji sikap rakyat Borneo yang rata-rata begitu fasih bertutur menggunakan bahasa Kebangsaan.
Menerusi platform X, Tiz meluakan rasa seronok melihat penduduk di negeri tersebut yang bercakap dengan bahasa Melayu.
“Seronok duduk di Borneo ni. Mereka bercakap dalam bahasa yang sama. Tak kisah bangsa,” ciapnya di akaun media sosial tersebut.
Pada masa sama, Tiz,34, sempat menyelar tindakan sestengah sikap orang Malaysia khusunya di Semenanjung yang berasa malu untuk bertutur dengan bahasa ibunda negara kita.
“Malu orang Semenanjung, masih ada yang buta berbahasa Malaysia,” tulisnya.

Difahamkan, Tiz berada di Sarawak sejak beberapa hari lalu atas urusan kerja.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial tersebut bersetuju dengan pendapat Tiz.
Malah, mereka turut bangga kerana masih ada yang tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu tanpa mengira bangsa.

