KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai kenampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak pada kelmarin.
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan di darat atau perairan.
Jelas MOSTI, berdasarkan penelitian awal video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.
“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
“Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel [email protected],” jelas MOSTI.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

