Cucur Kangkung Pun Sedap

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Selain dari cucur bawang, cucur jagung, cucur manis boleh dipelbagaikan isi cucur. Pernah makan cucur kangkung? Nampak macam pelikkan? Tapi bila rasa, sumpah sedap! Tak tipu… cuba buat dulu. Cicah pula dengan sos dihidangkan pula dengan secawan kopi. Waduhhhh…! naknya pula musim hujan, tak sedar sepinggan cucur lesap masuk perut. Tip untuk menjadikan cucur lembut, bancuhkan dengan air sejuk. Cucur akan lembut dan jika suka goreng garing-garing. Walaupun sudah sejuk, cucur tetap lembut.

BAHAN
400 gm tepung gandum
1 labu bawang besar – hiris
50 gm ikan bilis
50 gm udang kecil
100 gm sayur kangkung – hiris
1 sudu kecil garam
½ cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan ke semua bahan, tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan sedikit likat.
  2. Panaskan minyak, ambil satu sudu besar adunan cucur dan goreng sehingga keperang-perangan. Angkat dan tuskan.
  3. Siap untuk di hidangkan bersama sos cili.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sasar Dominasi Robotik AI Global, Robo.ai Ambil Alih QC Capital

DALAM satu langkah strategik untuk mendominasi ekosistem teknologi masa hadapan, gergasi kecerdasan buatan, Robo.ai Inc secara rasminya mengumumkan pemeteraian...

More Articles Like This