PENAMBAHBAIKAN infrastruktur dan sektor pertanian di Negeri Sembilan antara keutamaan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan pada pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyenaraikan keperluan tersebut secara terperinci secara bertulis kepada Kementerian Kewangan ketika lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim ke negeri itu, baru-baru ini.
âInfrastruktur, pertanian serta jalan raya antara keutamaan. Setiap tahun kerajaan negeri akan dapat peruntukan, itu kebiasaan namun tiada keperluan meruncing setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di Wisma Negeri hari ini.
Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keperluan dalam aspek pembangunan merangkumi semua daerah di negeri ini juga dimasukkan dalam pelan tindakan dan diserahkan kepada kerajaan Pusat.
Katanya, bagaimanapun ia terpulang kepada Kementerian Kewangan untuk membuat justifikasi terbaik dalam senarai yang diberikan dalam belanjawan tersebut.
Baca juga: Aminuddin umum 11 portfolio Exco Negeri Sembilan
âBagi Negeri Sembilan banyak perkara (keperluan) terutamanya mengenai pembangunan dan infrastruktur. Perkara ini dinyatakan dalam pelan tindakan dan diserahkan kepada Menteri Kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya dapat dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024, ia merangkumi kawasan luar bandar dan daerah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin merangkap Exco Kanan berkata, kerajaan negeri masih meneliti beberapa kawasan bagi membina kilang beras di negeri ini sama ada di Jelebu, Kuala Pilah dan Gemas.Â
Katanya, kerajaan negeri menyasarkan kilang tersebut dapat dibina pada 2025.
Jalaluddin berkata, keperluan membina kilang beras itu sebagai langkah jangka panjang dalam memastikan keselamatan makanan untuk keperluan penduduk negeri itu tidak terjejas pada masa hadapan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV âshortcutâ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik âAdd to Homescreenâ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

