Sultan Nazrin berangkat sempurnakan pembukaan Persidangan IPMHE 2023

Dari Penulis

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat menyempurnakan majlis pembukaan Persidangan Indo-Pacific Military Health Exchange (IPMHE 2023).

Keberangkatan tiba baginda pada 10 pagi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Persidangan empat hari itu yang bermula hari ini adalah persidangan perubatan ketenteraan bagi siri keenam di rantau Indo-Pasifik dan Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan yang sama pada 2016 di Kuantan, Pahang.

Bertemakan “Achieving Health Solutions Through Diversity and Inclusivity”, persidangan itu bertujuan untuk pertukaran pendapat serta berkongsi isu melibatkan perubatan ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan bencana, keselamatan kesihatan, penyakit berjangkit, kemajuan dalam bidang pengurusan mangsa serta hala tuju perubatan ketenteraan.

Baca juga: Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah kes saman Rewcastle-Brown 12 Disember

Persidangan yang dihoskan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM) itu disertai oleh 500 peserta dari 24 negara antaranya Australia, Bangladesh, Brunei, Kanada, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Jordan, Malaysia, Maldives dan Mongolia.

Secara keseluruhan, program saintifik persidangan kali ini akan membentangkan sebanyak empat ceramah, tiga plenari, 12 simposium, dua forum, dua bengkel dan 74 pembentangan. 

Perbincangan dua hala dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan dan kesihatan ketenteraan antara ketua-ketua delegasi dari negara peserta juga akan turut diadakan selain lawatan ke Hospital Medan ATM sempena Eksesais Starlight 2023 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 28 Sept ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This