ATLET wusyu, Tan Cheong Min menyumbang pingat perak pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi acara nanquan dan nandao wanita hari ini.
Ia merupakan pingat sulung Cheong Min di temasya sukan berkenaan pada penampilan keduanya, selepas menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara sama pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Pada aksi akhir di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, Hangzhou gerak tangkas penuh konsentrasi atlet berusia 25 tahun itu membolehkan beliau mengumpul keseluruhan 19.419 mata untuk mengesahkan tempat kedua.
Baca artikel berkaitan: Pencapaian di Sukan Asia jadi indikator persediaan hadapi Olimpik 2024
Emas menjadi milik jagoan China Chen Huiying yang mengutip keseluruhan 19.590 mata manakala wakil Uzbekistan Darya Latisheva membawa pulang gangsa selepas mengumpul 19.403 mata.
Kejayaan dilakar Cheong Min menyaksikan kem wusyu negara akhirnya berjaya menamatkan kemarau 13 tahun tanpa pingat di Sukan Asia selepas kali terakhir disumbangkan Chai Fong Ying yang meraih emas acara taijiquan dan taijijian pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Sebagai rekod, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara nandao merangkul dua pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, Mei lepas masing-masing dalam acara sama dan nanquan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

