PRN Johor: Perlawanan empat penjuru buat Alwiyah di Endau, Adham Baba berdepan tiga penjuru

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERLAWANAN empat penjuru disahkan buat penyandang dua penggal berturut-turut bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Alwiyah yang kembali ‘menyarung jersi’ Barisan Nasional (BN) akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam Samat; calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Jati Awang dan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussin.

Pada PRN Johor 2022 lalu, Alwiyah yang ketika itu mewakili PN mempertahankan kerusi DUN Endau dengan majoriti 3,041 undi.

Beliau kali pertama bertanding kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon BN dengan berjaya menewaskan calon PKR dan Pas.

Tidak lama selepas kemenangan tersebut, Alwiyah membuat keputusan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada awal Jun lalu, beliau mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Bersatu dan mengisytiharkan keluar parti sebelum kembali menyertai UMNO.

Sementara itu, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang membuat kemunculan semula dalam PRN kali ini akan dicabar calon daripada PH dan PN di kerusi DUN Pasir Raja.

Dr Adham yang mewakili BN akan dicabar Mohd Fakharuddin Moslim daripada PH dan calon PN, Yuhanita Yunan.

Kemunculan semula Dr Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara menjadi tumpuan pada PRN kali ini memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja selama dua penggal bermula 2008 hingga 2018.

Beliau kemudian beralih ke Parlimen Tenggara semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, namun tidak dicalonkan pada PRU15.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This